Salam Kenal





Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog Homestay Mahkota ini.Kami adalah pengusaha Homestay yang ingin menyediakan kemudahan penginapan kepada sesiapa sahaja yang ingin mencari penginapan dengan kadar sewa yang berpatutan di sekitar daerah Bandar Tun Abdul Razak,Pahang Darul Makmur.

Alamat Homestay Kami :
No.11,Lorong TJM 21,
Taman Jengka Mahkota,
Bandar Tun Abdul Razak,
Jengka,Pahang.

   Pakej yang kami tawarkan adalah sebuah rumah Bungalow  Semi 'D' 1 tingkat 1/2 ,  dengan jumlah bilik sebanyak 3 buah bilik yang mana 2 bilik tersebut di tingkat bawah @ ' ground floor ' dan 1 bilik di tingkat atas.Rumah kami dilengkapkan dengan kemudahan 3 bilik air dengan kedudukan seperti berikut, 1 bilik air didalam " Master Bedroom ",1 bilik air luar dan 1 bilik air lagi di tingkat atas.

   Homestay kami juga dilengkapi dengan fasiliti asas seperti mesin basuh,dapur,pinggan,peti ais,TV dan kipas angin disetiap bilik.Buat masa ini kami masih belum dapat menyediakan kemudahan penghawa dingin disetiap bilik dek kerana kekangan modal pusingan yang belum mencukupi,Insya Allah dimasa hadapan apabila budget kami telah mencukupi,kami akan melengkapkan Homestay Mahkota kami dengan kemudahan penghawa dingin bagi kemudahan pengunjung kami kelak.

   Kedudukan geografi Taman Jengka Mahkota  ini terletak di Bandar Tun Abdul Razak dan  dibawah pentadbiran  Majlis Daerah Maran yang melingkungi 25 gugusan  Felda Jengka dari Jengka 1 hingga Jengka 25 dan 6 buah Felda yang berhampiran.Dahulunya Bandar Tun Abdul Razak ini dikenali sebagai Bandar Pusat Jengka yang mana merupakan pusat pentadbiran dan perniagaan setempat bagi penduduk-penduduk disekitarnya,namun pada tanggal 7/7/2011 bersempena dengan " HARI PENEROKA FELDA 2011 " ,Y.A.B Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato' Seri Najib B. Tun Abdul Razak telah berbesar hati menukarkan namanya dari Bandar Pusat Jengka kepada Bandar Tun Abdul Razak bersempena dengan nama bapanya selaku pengasas Felda dahulu.

abcs